Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung
  • TEMPATAN

PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung

Utusan Sarawak 5 years ago

LIMBANG: Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) Daerah Limbang menyerahkan 4,000 unit penutup mulut dan hidung secara percuma kepada penduduk di bandar Limbang.

Pengerusi BSM Daerah Limbang, Chew Sing Liang berkata jawatankuasa PBSM Limbang melakukan inisiatif sendiri untuk menempah penutup mulut dan hidung dari Semenanjung Malaysia melalui perkhidmatan pos laju untuk diserahkan kepada masyarakat disini.

Topeng muka ini kemudiaannya diagihkan secara percuma kepada masyarakat Limbang.

Kawasan agihan tertumpu di kawasan Bangunan Tamu, Bangunan Pasar dan kawasan persekitaran Bandar Limbang.

Chew mendapati program pengagihan itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai yang berkunjung ke pasar itu.

Terdahulu beliau telah menerima keluhan penduduk di Limbang yang tidak berpeluang membeli topeng muka baharu dan terpaksa menggunakan topeng muka yang sama.

Oleh itu, PBSM Daerah Limbang mengambil inisiatif membeli topeng muka ini terus daripada pembekal di semenanjung.

Turut sama pada penyerahan itu ialah Timbalan BSM Daerah Limbang Wong Ku Hai dan jawatankuasa lain.

Continue Reading

Previous: PNK Kabong berkunjung ke rumah nelayan
Next: PPE bernilai RM6.5 juta tiba di kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.