Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSCBK anjur ceramah perkukuh kefahaman generasi muda terhadap warisan Bisaya
  • Selatan
  • WILAYAH

PBSCBK anjur ceramah perkukuh kefahaman generasi muda terhadap warisan Bisaya

Utusan Sarawak 13 hours ago
40 peserta menyertai sesi perkongsian yang bertujuan memastikan generasi muda menghargai identiti dan sejarah Bisaya.

KUCHING: Seramai 40 peserta menghadiri Sesi Perkongsian Asal Usul dan Adat Bisaya yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Program anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCBK) itu diadakan bagi memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap sejarah, identiti serta adat warisan Bisaya yang semakin mendapat perhatian generasi muda.

Sesi ceramah tersebut disampaikan oleh Antonius Lapan Sindang yang mengupas beberapa teori mengenai asal usul penggunaan istilah ‘Bisaya’.

Beliau turut menjelaskan corak penghijrahan masyarakat Asia Tenggara pada kurun ke-13 dan ke-14 serta menyentuh sejarah Kesultanan Brunei dan kewujudan masyarakat Bisaya yang dikenali sebagai Dusun atau Sang Jati di negara tersebut.

Dalam aspek adat resam, beliau berkongsi mengenai adat perkahwinan Bisaya dan amalan Temarok yang dilakukan sebagai kaedah perubatan tradisional dalam menyembuhkan penyakit.

Pengerusi PBSCBK, Datu Jack Liam dalam ucapan alu-aluan menegaskan bahawa memahami sejarah asal usul dan adat resam adalah asas penting dalam memperkukuh jati diri komuniti itu.

“Kita tidak boleh membiarkan warisan lama ini pudar kerana ia adalah pegangan dan identiti yang harus diteruskan kepada generasi kini dan akan datang,” katanya.

Beliau menambah bahawa PBSCBK berhasrat menganjurkan lebih banyak program seumpama itu pada masa hadapan bagi memastikan komuniti Bisaya khususnya di Kuching terus menghargai usaha dan pengorbanan generasi terdahulu.

Usaha tersebut katanya amat penting bagi memastikan adat Bisaya kekal segar dan tidak dilupakan.

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas hilang di Kampung Singaie, operasi SAR masuk hari kedua
Next: Sekolah ruang bentuk nilai kasih dan empati – Doris  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.