Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBS dicadang di Kampung Jepak susulan kebakaran musnahkan enam rumah
  • Utara
  • WILAYAH

PBS dicadang di Kampung Jepak susulan kebakaran musnahkan enam rumah

Utusan Sarawak 8 hours ago
ISKANDAR Turkee meninjau keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Cadangan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Kampung Jepak dikemukakan sebagai langkah segera dan jangka panjang bagi memperkukuh keupayaan komuniti menghadapi risiko kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata cadangan itu adalah reaksi proaktif susulan insiden kebakaran di Kampung Sebuan Besar yang memusnahkan enam rumah dan menjejaskan 26 penduduk.

“Penubuhan PBS ini penting untuk menyediakan barisan tindak balas awal dalam kalangan penduduk, sementara menunggu ketibaan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau lokasi kejadian, hari ini.

Menurut beliau, PBS yang dicadangkan akan melibatkan penduduk tempatan yang akan menerima latihan asas daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), termasuk penggunaan pemadam api dan hos air.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan luar semasa kecemasan. Komuniti sendiri perlu dilengkapi ilmu dan kemahiran asas untuk bertindak dalam saat kritikal,” tegasnya.

Tambah beliau, keperluan logistik dan sokongan latihan akan dibincangkan bersama pihak bomba dan agensi berkaitan bagi memastikan PBS dapat berfungsi secara berkesan.

Mengulas kebajikan mangsa, Iskandar memaklumkan bahawa bantuan sedang diselaraskan bersama Pejabat Daerah, termasuk kemungkinan penempatan sementara melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) jika diperlukan.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana kebanyakan mangsa menumpang di rumah saudara-mara. Bagaimanapun, bantuan susulan akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Kebakaran yang berlaku sekitar 2.30 petang tadi memusnahkan enam rumah dan menjejaskan 26 penduduk. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun kebanyakan mangsa kehilangan tempat tinggal.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM686,000 disalur kepada 68 persatuan, NGO di Bukit Goram
Next: MPP anjur Rumah Terbuka Gawai Dayak, perkukuh semangat Segulai Sejalai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.