Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBM Subis perkukuh usaha Sarawak ke arah negeri maju
  • TEMPATAN

PBM Subis perkukuh usaha Sarawak ke arah negeri maju

Utusan Sarawak 12 hours ago
ALBUM… Dato Lukanisman Awang Sauni rakam album gambar beramai-ramai ketika hadir ke Program Satelit PBM Subis 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka Sepupok, NIAH, semalam.

NIAH: Pendekatan kerajaan dalam merealisasikan Agenda Ekonomi MADANI dan menyokong aspirasi Sarawak sebagai negeri maju terus dilaksanakan melalui Program Satelit PBM Subis 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka Sepupok, NIAH, semalam.

Program anjuran Pejabat Daerah Subis dengan kerjasama Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan (KKM), Dato Lukanisman Awang Sauni.

Beliau yang merangkap Ahli Parlimen Sibuti berkata, program seperti ini memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan luar bandar secara berperingkat, sejajar dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

“Kita mahu program sebegini bukan hanya bersifat seremonial, tetapi benar-benar menyentuh kehidupan rakyat luar bandar,” tegasnya dalam ucapan di Program Satelit PBM Subis 2025 di Sepupok, NIAH, semalam.

Sementara itu, Pengarah Wilayah HDA, Juan Ubit menyifatkan penganjuran ini sebagai satu platform mendekati komuniti secara langsung sambil menyampaikan maklumat serta kemudahan kerajaan secara terus kepada rakyat.

Pelbagai pengisian bermanfaat disediakan untuk masyarakat setempat, termasuk gotong-royong komuniti di Kampung Lajong, saringan kesihatan percuma, pertandingan melukis kanak-kanak, karaoke santai dan cabutan bertuah.

Beberapa agensi kerajaan turut membuka kaunter perkhidmatan dan pameran, antaranya Klinik Kesihatan, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Jasni Jubli dan Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Nur Asyikin Abdullah.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Chong Chieng Jen helps NCR land owner to seek clarification from authority
Next: Loji Rawatan Air Sungai Sadit siap, beroperasi sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.