Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PBB salahkan jurukamera AS atas insiden eskalator membabitkan Trump, Wanita Pertama
  • GLOBAL

PBB salahkan jurukamera AS atas insiden eskalator membabitkan Trump, Wanita Pertama

Utusan Sarawak 3 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump (tengah) dan Isteri Pertama, Melania Trump (kanan) menaiki eskalator sewaktu tiba ke sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB pada 23 September 2025 di Bandaraya New York. Pemimpin dunia berkumpul bagi sesi ke-80 UNGA dengan tema tahun ini ialah ‘Lebih Baik Bersama: 80 Tahun dan Lagi untuk Keamanan, Pembangunan dan Hak Asasi Manusia.’ Foto AFP

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mendakwa seorang jurukamera daripada delegasi Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab terhadap kerosakan eskalator yang menjejaskan pergerakan  Presiden Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump di ibu pejabat PBB, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap PBB Stephane Dujarric mengeluarkan kenyataan selepas jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt menuntut siasatan dan kemungkinan pemecatan kakitangan PBB, merujuk laporan The Times bahawa pekerja PBB bergurau tentang mematikan eskalator dan lif bagi memaksa Trump menggunakan tangga ketika ketibaannya.

“Presiden Trump bersama Wanita Pertama dan delegasi tiba di bangunan ibu pejabat PBB pagi ini melalui pintu masuk Delegasi,” kata Dujarric.

Beliau menjelaskan seorang jurukamera AS yang cuba merakam ketibaan itu berjalan ke belakang di atas eskalator dan “mungkin secara tidak sengaja mengaktifkan” mekanisme keselamatan terbina bagi mengelakkan kemalangan.

Eskalator itu berhenti sekitar 9.50 pagi waktu tempatan (1350GMT) ketika Trump dan isterinya menaikinya, memaksa mereka menaiki tangga ke tingkat dua, menurut Dujarric.

“Hasil siasatan susulan, termasuk bacaan unit pemprosesan pusat mesin, menunjukkan eskalator berhenti selepas mekanisme keselamatan pada bahagian anak tangga berbentuk sikat di hujung atas eskalator diaktifkan,” katanya.

“Mekanisme keselamatan itu direka bagi mengelakkan orang atau objek daripada terperangkap dan tersangkut dalam gear. Jurukamera itu mungkin secara tidak sengaja mengaktifkan fungsi keselamatan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Leavitt menulis di platform media sosial X: “Jika ada kakitangan PBB dengan sengaja menghentikan eskalator ketika Presiden dan Wanita Pertama sedang menaikinya, mereka perlu dipecat dan disiasat segera.”

Trump pula mempersendakan insiden itu ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung. “Satu-satunya yang saya dapat daripada PBB ialah sebuah eskalator yang tiba-tiba berhenti ketika saya dan Wanita Pertama sedang menaikinya. Jika isteri saya tidak sihat, pasti dia akan jatuh,” katanya.

Apabila teleprompter turut rosak pada permulaan ucapannya, Trump berkata: “Saya tidak kisah berucap tanpa telepanduan kerana ia tidak berfungsi… inilah dua perkara yang saya dapat daripada PBB: eskalator rosak dan telepanduan  rosak.”

— BERNAMA-ANADOLU

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 10 maut akibat hujan lebat landa Kolkata, timur India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.