Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBB Pantai Damai tubuh Skuad Prihatin
  • TEMPATAN

PBB Pantai Damai tubuh Skuad Prihatin

Utusan Sarawak 3 years ago
RASMI… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan penubuhan Skuad Prihatin Pantai Damai semasa Majlis Pelancaran Skuad Prihatin Pantai Damai di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, di Kuching, semalam.

KUCHING:Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengambil inisiatif menubuhkan Skuad Prihatin Pantai Damai sebagai persediaan menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga berikutan perubahan cuaca pada masa kini.

Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata seramai 60 orang ahli ditetapkan yang mewakili tiga zon iaitu Telaga Air, Santubong dan Seberang Hilir.

“Setakat ini seramai 60 orang ahli ditetapkan bagi mewakili tiga buah zon namun, jumlah ahli akan ditambah supaya kumpulan ini dapat beroperasi secara konsisten setiap kali bencana terjadi.

“Penubuhan skuad ini merupakan salah satu inisiatif baharu di mana PBB Pantai Damai menubuhkan kumpulan khas yang akan membantu semasa bencana.

“Pasukan ini ditubuhkan secara sukarela dan bila ada kes-kes yang melibatkan bencana alam, mereka akan turun padang untuk membantu,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Skuad Prihatin Pantai Damai di Pusat Khidmat Pantai Damai, di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman memberitahu inisiatif tersebut merupakan program perintis bagi membantu lebih ramai pihak dan persediaan bagi menghadapi sebarang bencana.

Tambahnya, kumpulan tersebut akan diberi taklimat mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa bencana berlaku dalam masa yang terdekat ini.

Continue Reading

Previous: Abang Johari perkenalkan pendekatan ekonomi digital
Next: Tingkat aliran kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.