Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBB Dudong semarakkan semangat patriotik di Sibu
  • WILAYAH

PBB Dudong semarakkan semangat patriotik di Sibu

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEBAHAGIAN ahli Pemuda, Wanita, Bapa dan Belia PBB Cawangan Dudong merakam kenangan bersama sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak semasa Program Semarak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

SIBU: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dudong terus komited memperkukuh semangat patriotisme apabila menganjurkan Program Semarak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 pada 7 September lalu.

Program yang menghimpunkan penglibatan sayap Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia Ranting Banyok, Sukun, Kampung Usahajaya Baru 1 hingga 5, Sibujaya 1 serta Sibujaya 2 itu berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian berunsur kebangsaan.

Menurut kenyataan penganjur, penganjuran tersebut menjadi wadah menyemai semangat cintakan negara, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Kita mahu anak muda sentiasa menghargai pengorbanan pejuang terdahulu serta mengekalkan perpaduan yang menjadi asas kemakmuran Sarawak dan negara,” ujar kenyataan itu.

Selain sebagai tanda penghargaan terhadap Bulan Kebangsaan, kerjasama erat semua sayap PBB Dudong jelas membuktikan kekuatan jentera akar umbi parti dalam menjayakan aktiviti berteraskan masyarakat.

Antara pengisian program termasuk pengedaran lebih 500 helai Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di ranting masing-masing sekitar kawasan Dudong.

Usaha itu sekali gus mencerminkan sokongan padu rakyat berbilang kaum dan etnik di Sarawak dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Program berkenaan telah dirasmikan Timbalan Ketua Cawangan PBB Dudong, Jamil Julaihi, dan turut disertai Ahli Jawatankuasa cawangan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hanifah tinjau pelaksanaan IPR INTAN di Batang Ai
Next: LAKMD perkukuh sokongan, tambah baik kemudahan PDK Al-Syafie Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.