Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBB Dalat sedia hadapi PRN-12
  • TEMPATAN

PBB Dalat sedia hadapi PRN-12

Utusan Sarawak 5 years ago
SUDAH BERSEDIA… Fatimah dan yang lain menyatakan kesiapsiagaan PBB Dalat untuk menghadapi PRN-12 akan datang selepas dialog tersebut.

OYA: Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu tempatan telah diarahkan untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah, pembukaan bilik operasi adalah penting.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama JKK, AJK PBB dan Beliawanis Kampung Kuala Tengah, Oya  Balairaya Kampung Kuala Tengah, Oya, pada Selasa lepas.

Selain tentang carta organisasi dan memastikan bilik gerakan dibuka, Fatimah juga menyentuh projek-projek pembangunan bagi kawasan Kampung Kuala Tengah berkenaan. 

Pada majlis tersebut, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak juga menyampaikan cek MRP kepada beberapa penerima.

Antaranya ialah peruntukan agihan kepada lapan buah JKKK di bawah Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Kecil Oya untuk projek membina meja baharu sebagai tambahan meja untuk Oya Square (RM4,000) dan JKKK Kampung Kuala Tengah Oya bagi kerja-kerja baikpulih kemudahan di Kampung Kuala Tengah, Oya (RM17,000).

Dia juga turut menyaksikan penyampaian Sijil Perakuan Pendaftaran JKKK Kampung Kuala Tengah, Oya, Sijil Perlantikan Setiausaha JKKK Kampung Kuala Tengah, Oya dan Bendera GPS kepada Ketua Ranting, Ketua Wanita Ranting, Ketua Pemuda Ranting dan Beliawanis.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: WhatsApp hotline akan diwujudkan
Next: Dibuka kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.