Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PBB Bukit Saban mantapkan kesiapsiagaan ahli Uggah tekankan kesepaduan hadapi cabaran politik semasa
  • TEMPATAN

PBB Bukit Saban mantapkan kesiapsiagaan ahli Uggah tekankan kesepaduan hadapi cabaran politik semasa

Utusan Sarawak 23 hours ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PBB Cawangan Bukit Saban, semalam. Foto DUN Bukit Saban

SPAOH: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban terus memperkukuh barisan akar umbi apabila mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti kekal utuh dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Cawangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan dihadiri ahli jawatankuasa serta wakil-wakil ranting dari seluruh kawasan Bukit Saban.

Dalam ucapannya, Uggah menekankan bahawa kesepaduan di semua peringkat ranting amat penting bagi memastikan kekuatan parti tidak terjejas oleh cabaran politik atau persepsi luar yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Kita mesti sentiasa bersatu dan berdisiplin. Jangan biarkan persepsi luar melemahkan semangat kita. Keutuhan parti di peringkat akar umbi ialah asas kepada kestabilan kerajaan dan kemajuan berterusan Sarawak,” katanya.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PBB Cawangan Bukit Saban, semalam. Foto DUN Bukit Saban

Beliau turut menggesa agar setiap ranting memainkan peranan lebih aktif mendekati rakyat, khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan dasar-dasar pembangunan kerajaan negeri terus difahami dan disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Mesyuarat berkenaan turut menilai semula tahap kesiapsiagaan ahli di lapangan serta membincangkan strategi komunikasi yang lebih berkesan antara pimpinan dan ahli-ahli di peringkat cawangan.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan PBB untuk mengekalkan kekuatan jentera parti menjelang sebarang kemungkinan politik pada masa hadapan, di samping memperkukuh peranan parti sebagai tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Roy Angau ucap tahniah kepada kepimpinan baharu PRS tekad terus berkhidmat untuk rakyat
Next: Regata Lingga 2025: Gelora tunduk, wira bangkit menghimpun semangat pahlawan sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.