Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PBB, ASEAN desak masyarakat dunia lindungi lautan yang terancam
  • SEMASA

PBB, ASEAN desak masyarakat dunia lindungi lautan yang terancam

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

PHNOM PENH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN hari ini memberi amaran bahawa lautan yang menjadi sumber makanan dan pekerjaan kepada jutaan penduduk dunia kini berdepan pelbagai ancaman dan memerlukan perhatian segera.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Hari Lautan Sedunia 2025 menggesa kerajaan dan rakan antarabangsa untuk bersama-sama melindungi lautan luas daripada pencemaran yang kian meningkat serta mencegah eksploitasi sumber marin secara berlebihan.

“Lautan kita bukan sahaja membentuk budaya, membangkitkan imaginasi dan menginspirasi kekaguman sejak zaman berzaman; malah ia membekalkan udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, pekerjaan yang kita perlukan dan iklim yang kita harapkan.

“Tetapi hari ini, lautan memerlukan bantuan kita. Isyarat kecemasan jelas kelihatan -daripada perairan yang dicemari plastik kepada populasi ikan yang merosot serta kehilangan ekosistem marin, daripada suhu yang meningkat kepada kenaikan aras laut,” katanya.

Hari Lautan Sedunia disambut pada 8 Jun setiap tahun, dengan tema 2025 ialah ‘Wonder: Sustaining what sustains us’.

Menurut PBB, lautan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus oksigen di Bumi, menjadi habitat kepada sebahagian besar biodiversiti dunia dan sumber utama protein kepada lebih satu bilion penduduk.

Lautan juga dijangka menyediakan sumber pekerjaan kepada kira-kira 40 juta orang melalui industri berasaskan lautan menjelang 2030, menurut laman sesawang PBB.

Namun, dalam tempoh beberapa dekad 90 peratus populasi ikan besar telah pupus manakala 50 peratus terumbu karang musnah akibat eksploitasi sumber laut secara besar-besaran tanpa usaha pemulihan.

Di rantau ini, ASEAN turut menyuarakan kebimbangan serupa dan memberi amaran tentang pelbagai ancaman terhadap laut termasuk pencemaran dan perubahan iklim.

“Di seluruh ASEAN, laut menyokong mata pencarian, menjadi sumber makanan kepada jutaan penduduk serta menyimpan khazanah semula jadi dan warisan budaya yang luas.

“Namun, lautan kita sedang terancam akibat pencemaran, eksploitasi berlebihan dan perubahan iklim. ASEAN menyertai seruan global untuk melindungi dan mengurus ekosistem marin secara mampan demi generasi akan datang,” menurut pertubuhan serantau itu menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Pemimpin global sedang berkumpul untuk menghadiri Persidangan Lautan PBB ketiga yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Costa Rica dan diadakan di Nice, Perancis dari 9 hingga 13 Jun 2025.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kesan ganja dalam gula-gula Haribo bukan berlaku semasa pengeluaran pengilang
Next: Garis panduan pastikan tawaf selamat, selesa buat jemaah dikeluarkan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.