Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa pindah akibat serangan Israel
  • GLOBAL

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa pindah akibat serangan Israel

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG budak lelaki meratapi pemergian orang tersayangnya yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Jabalia, di hospital Indonesia di Beit Lahia, di utara Semenanjung Gaza semalam. Foto AFP

ANKARA: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Rakyat Palestin semalam memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin susulan penubuhan Israel.

“Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakba.

“Tujuh puluh tujuh tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

Agensi pelarian itu berkata konflik berkenaan telah menyebabkan 90 peratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

“Sebahagian daripada mereka telah diusir sebanyak 10 kali atau lebih,” katanya lagi.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pasukan perubatan Arab Saudi pisahkan Kembar Siam Eritrea
Next: Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.