Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pay & Go Sarawak perluas pasaran ke Singapura, ASEAN menerusi MoA dengan RH Synergy
  • BISNES

Pay & Go Sarawak perluas pasaran ke Singapura, ASEAN menerusi MoA dengan RH Synergy

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Pegawai Eksekutif Pay and Go Technology Group (Sarawak), Edwin Tay (duduk, kiri) dan Pengarah RH Synergy (S) Pte Ltd, Alan Lim (duduk, kanan) memegang Memorandum Perjanjian (MOA) selepas menandatangani perjanjian kerjasama di Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS), Singapura, semalam. 

SINGAPURA: Pay and Go Technology Group (Sarawak) dan RH Synergy (S) Pte Ltd (Singapura) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperluaskan pengedaran serta pasaran teknologi inovatif Pay and Go di Singapura dan rantau ASEAN.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan, menandakan satu pencapaian penting dalam kerjasama perniagaan serantau.

Menerusi perjanjian tersebut, RH Synergy (S) Pte Ltd dilantik sebagai pengedar eksklusif produk dan teknologi Pay and Go di pasaran Singapura. 

Sementara itu, Alpha-B Holdings Pte Ltd yang mempunyai hubungan kukuh di Singapura dan Sarawak berperanan dalam menghubungkan kedua-dua pihak serta akan terus menyokong inisiatif ini menerusi syarikat sekutunya, Alphabees Asia (M) Sdn Bhd. 

Alphabees Asia akan membantu dalam usaha pemasaran dan pembangunan jenama merentasi Singapura dan Malaysia bagi menyokong pelaksanaan kerjasama ini.

Salah satu inovasi utama dalam kerjasama ini ialah Sistem Parkir Pintar Pay & Go, satu penyelesaian komprehensif yang direka untuk meningkatkan kecekapan mobiliti bandar dan mendigitalisasikan operasi parkir. 

Sistem ini menggunakan teknologi pengecaman nombor plat automatik (ALPR) yang membolehkan kemasukan dan keluar tanpa tiket fizikal.

Semua data kenderaan dan transaksi dipantau menerusi papan pemuka berpusat, membolehkan pihak berkuasa tempatan dan pengendali swasta membuat keputusan berdasarkan data. 

Pengguna juga boleh membuat pembayaran melalui aplikasi mudah alih, e-dompet, atau gerbang pembayaran yang disediakan.

Selain itu, sistem ini dilengkapi dengan pengawasan berasaskan Internet Benda (IoT) yang membolehkan pemantauan keselamatan dengan rakaman langsung dan pemantauan insiden.

Ia juga sesuai untuk pelbagai lokasi, termasuk tempat parkir awam, bangunan komersial, komuniti berpagar serta acara sementara. 

Dengan keupayaan ini, sistem berkenaan berpotensi mengurangkan kesesakan, menghapuskan keperluan tiket manual serta meningkatkan penguatkuasaan dan pengalaman pengguna.

Malah, ia juga membuka peluang untuk integrasi pengecasan kenderaan elektrik (EV), paparan pengiklanan dan pemetaan kekosongan parkir secara masa nyata.

MoA ini menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang dalam mempercepatkan penggunaan teknologi pintar di Asia Tenggara. 

Dengan gabungan inovasi Pay & Go, akses pasaran RH Synergy serta sokongan strategik Alpha-B Holdings, usaha ini dijangka meningkatkan kemudahan, kelestarian dan kecekapan bagi komuniti bandar di rantau ini.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 April – MAHB
Next: ‘Hadiah’ lebaran: Insentif rebat RAHMAH 5GB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.