Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAWE Sibuti anjur program bakat veteran sempena Hari Warga Emas 2025
  • Utara
  • WILAYAH

PAWE Sibuti anjur program bakat veteran sempena Hari Warga Emas 2025

Utusan Sarawak 5 days ago
DATANG RAMAI-RAMAI….Kilauan Emas, Bakat Veteran 2025 akan diadakan pada 18 hingga 19 Oktober depan.

BEKENU: Sempena sambutan Hari Warga Emas 2025, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibuti dengan kerjasama Skuad Antidadah Miri dan RISDA Bahagian Miri akan menganjurkan program ‘Kilauan Emas: Bakat Veteran 2025’ pada 18 hingga 19 Oktober depan.

Menurut kenyataan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, program ini bertujuan menyantuni serta beramah mesra dengan warga emas di PAWE Sibuti selain memberi ruang untuk mereka menyerlahkan bakat terpendam, di samping menghargai jasa dan sumbangan golongan veteran dalam membangunkan negara.

Antara pengisian menarik sepanjang dua hari program ini termasuk Gotong-Royong SKUAD Prihatin, Pocket Talk AADK, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Mewarna Veteran, serta Pertandingan Solekan.

Selain itu, turut diadakan ialah Bengkel Asas Solekan, yang mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada golongan muda yang berminat menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang solekan.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memupuk semangat kekitaan dan menghargai warga emas, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara generasi serta memperkukuh jaringan komuniti setempat, katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Regata Lingga tetap di Sungai Lingga – ADUN Lingga tepis khabar angin
Next: ADUN Kalaka terus kukuhkan hubungan dengan rakyat melalui sesi ‘sembang dan santai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.