Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Paus Sei tersangkut di Jambatan Triso November lalu, tiada ambergris
  • TEMPATAN

Paus Sei tersangkut di Jambatan Triso November lalu, tiada ambergris

Utusan Sarawak 12 hours ago

Bangkai ikan paus yang dijumpai terapung di perairan Sungai Batang Lupar berhampiran Kampung Pulau Seduku, Sri Aman November lalu. Foto fail.

KUCHING: Kali terakhir ikan paus dilaporkan terdampar di pantai negeri ini  ialah pada 19 November tahun lalu oleh penduduk tempatan.

Ia ditemui berhampiran Pulau Seduku sebelum ditemui empat hari kemudian oleh pasukan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), terdampar dalam keadaan reput di batang besi tapak pembinaan Jambatan Triso.  

Hasil kajian pihak SFC kemudian mengesahkan ia jenis Paus Sei atau nama saintifik Balaenoptera borealis setelah ujian DNA.  

Bangkai paus ditemui tersangkut di tiang jambatan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Batang Lupar, Sri Aman, November lalu. Foto fail

Bagaimanapun, paus sei dikatakan tidak menghasilkan ambergris iaitu jenis yang digunakan dalam industri minyak wangi mewah dan bernilai tinggi.

Ambergris hanya diketahui datang daripada paus sperma (sperm whale), iaitu paus bergigi yang memakan sotong dan menghasilkan ambergris sebagai bahan sampingan dalam usus.

Paus Sei pula ialah paus baleen (bertapis), bukan pemakan sotong dan tidak mempunyai sistem pencernaan yang menghasilkan ambergris.

Pihak SFC dalam kenyataan November lalu menyatakan berkata penemuan itu mencatat sejarah sebagai rekod pertama spesies Paus Sei di Sarawak kerana sebelum ini, spesies paus besar lain seperti Paus Bryde’s, Paus Sperm, Paus Fin, Paus Minke, dan Paus Humpback telah didokumentasikan. 

Tambahan Paus Sei meningkatkan jumlah spesies mamalia marin yang direkodkan di Sarawak kepada 25, mencerminkan ekosistem laut yang sihat dan terpelihara.  

Sementara itu, yang ditemui di Kuala Belawai oleh seorang nelayan semalam pula bukan ikan paus tetapi dipercayai ambergris atau muntah paus.

Ia bahan pepejal bertekstur lilin yang terbentuk dalam sistem penghadaman paus sperma (Physeter macrocephalus).

Bagaimanapun, pihak SFC dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa pasukannya akan ke lokasi untuk menyemak kesahihan dakwaan itu.

Nelayan dikenali sebagai Semawi Mantali, 58, menemui objek berwarna pucat dan berminyak itu ketika sedang memasang pukat di pesisir pantai sekitar 7.00 pagi, semalam. 

Semawi Mantali hari ini menunjukkan objek yang didakwa sebagai “muntah paus” di  Belawai.

Ia seketul bahan seberat 1.2 kilogram yang dipercayai sebagai muntah paus ketika menangkap ikan di perairan Kuala Belawai.

Menurut maklumat, harga ambergris mahal sebab ia sangat jarang dijumpai, biasanya ditemui terapung di laut atau terdampar di pantai — bukan sesuatu yang boleh dituai secara sengaja.

Continue Reading

Previous: Tokoh perniagaan Tan Sri Tiong Hiew King meninggal dunia pada usia 95 tahun
Next: Bintulu Port kendali lebih 80 peratus perdagangan import, eksport Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.