Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Paus Leo XIV saran media galakkan keamanan
  • GLOBAL

Paus Leo XIV saran media galakkan keamanan

Utusan Sarawak 1 day ago

ATHENS: Paus Leo XIV semalam menyeru pengamal media agar mempromosikan keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam pertemuan bersama pengamal media di Rom, beliau menggesa agar mereka menggalakkan komunikasi yang tidak mengejar konsensus secara membuta tuli, tidak menggunakan kata-kata yang agresif, tidak mengikuti budaya persaingan serta tidak memisahkan pencarian kebenaran daripada kasih sayang yang mesti dicari dengan kerendahan hati.

“Kita mesti menolak perang kata-kata dan imej, kita mesti menolak paradigma peperangan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pesat penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor, Paus menegaskan bahawa potensi besar teknologi itu menuntut “tanggungjawab dan kearifan” agar ia digunakan untuk kebaikan sejagat dan membawa manfaat kepada seluruh manusia. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pelepasan tarif 90 hari AS selaras kepentingan bersama, dunia – China
Next: Nissan bakal hentikan 20,000 pekerja di seluruh dunia, timbang tutup kilang di Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.