Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Paus gesa perang dihentikan, kecam ‘khayalan kekuasaan’ dalam kalangan pemimpin
  • GLOBAL

Paus gesa perang dihentikan, kecam ‘khayalan kekuasaan’ dalam kalangan pemimpin

Utusan Sarawak 4 hours ago
PAUS Leo XIV menyampaikan ucapan ketika memimpin vigil dan doa rosario untuk keamanan di Basilika St. Peter di Vatican pada 11 April 2026. Foto AFP

ROM: Paus Leo XIV menggesa agar pertempuran dihentikan menerusi seruan tegas pada Sabtu ketika rundingan sedang berlangsung di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh dalam perang Iran.

“Cukuplah dengan pertunjukan kuasa. Cukuplah dengan perang. Kekuatan sebenar terserlah apabila kita mempertahankan kehidupan,” kata Paus itu ketika upacara keagamaan di Vatican.

Beliau turut menggesa sokongan kepada “jutaan, malah berbilion lelaki dan wanita, tua dan muda, yang hari ini memilih untuk terus percaya kepada keamanan, merawat luka dan memulihkan kemusnahan yang ditinggalkan oleh kegilaan perang,” lapor agensi berita Jerman dpa.

Beliau mengecam “khayalan kekuasaan yang kian tidak menentu dan semakin agresif” ketika acara itu.

Paus berkata Gereja Katolik akan terus lantang menggesa kepada keamanan, “walaupun penolakan terhadap logik perang boleh menimbulkan salah faham dan cemuhan,” serta menegaskan kepatuhan kepada Tuhan, bukannya mana-mana kuasa manusia.

Leo turut mengkritik penyalahgunaan agama untuk menghalalkan keganasan, selain mengecam kerakusan kuasa yang berkait dengan keganasan.

Kepada para pemimpin dunia, beliau berkata mereka sepatutnya duduk di meja dialog dan pengantaraan, “bukan di meja tempat persenjataan dirancang dan tindakan maut diputuskan.”

Kebelakangan ini, gesaan beliau agar keamanan ditegakkan semakin lantang khususnya berhubung perang Iran dan beliau turut mengutuk ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Tehran dengan menyifatkannya sebagai “benar-benar tidak dapat diterima.”- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Misi Artemis II cipta rekod, angkasawan gambarkan Bumi seperti ‘bot penyelamat’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.