Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Paus Francis alami krisis pernafasan – Vatican
  • GLOBAL

Paus Francis alami krisis pernafasan – Vatican

Utusan Sarawak 3 months ago
MENURUT Pejabat Akhbar Holy See, lapor Anadolu Ajansi, Paus Francis, 88, mengalami dua episod kegagalan pernafasan akut akibat pengumpulan lendir endobronkial dan consequent bronchospasm. FotoAFP

ISTANBUL: Vatican mendedahkan bahawa Paus Francis, 88, mengalami dua episod kegagalan pernafasan akut, malam tadi.

“Hari ini, beliau mengalami dua episod kegagalan pernafasan akut akibat pengumpulan lendir endobronkial dan consequent bronchospasm,” menurut Pejabat Akhbar Holy See, lapor Anadolu Ajansi.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa dua prosedur bronkoskopi dilakukan bagi membersihkan rembesan yang banyak dan “ventilasi mekanikal bukan invasif” disambung semula pada sebelah petang.

Sepanjang tempoh itu, Paus Francis dilaporkan dalam keadaan sedar dan memberi kerjasama, dengan prognosis beliau kekal dalam pemantauan rapi.

Ketua Gereja Katolik antarabangsa itu dimasukkan ke hospital sejak 14 Februari.

Pada 18 Februari, Vatican mengumumkan bahawa beliau mengalami radang paru-paru, yang kemudian menjadi lebih rumit.

Kesihatannya dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah pernafasan berpanjangan yang menyerupai serangan asma.

Pada 24 Februari, Vatican memaklumkan bahawa meskipun keadaan Paus Francis masih kritikal, terdapat sedikit tanda pemulihan.

Pada 26 dan 27 Februari, Vatican mendedahkan bahawa keadaan kesihatan Paus bertambah baik.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Vatican mengumumkan bahawa pemimpin itu menjalani broncho-aspiration susulan krisis bronkospasme dan “ventilasi mekanikal bukan invasive” digunakan bagi memastikan pertukaran gas berjalan lancar, dengan rawatan itu menunjukkan tindak balas positif. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lelaki lengan emas Australia selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
Next: OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak mulai April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.