GAZA CITY: Sebuah patung batu berusia lebih 4,500 tahun yang menggambarkan wajah dewi purba ditemui di selatan Semenanjung Gaza, pihak berkuasa arkeologi di kawasan Palestin mengumumkan pada Isnin lalu.
Diukir daripada batu kapur dan panjang 22 sentimeter, patung 2500 SM (Sebelum Masihi) itu ditemui oleh seorang petani yang mengusahakan tanahnya di Khan Younis, menurut Kementerian Pelancongan dan barang antik untuk Hamas, gerakan Islam yang memerintah Gaza.
“Patung itu mewakili Dewi Kanaan Anat,” kata Jamal Abu Reda yang bertanggungjawab terhadap barang antik di kementerian itu, dalam satu kenyataan.
Anat, salah satu Dewa Kanaan yang paling terkenal adalah dewi cinta dan perang.
Ia ditemui pada laluan perdagangan darat yang penting untuk beberapa tamadun yang tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai Semenanjung Gaza, menurut Abu Reda.
Penemuan itu adalah yang terbaharu di Gaza yang mana pelancongan di tapak arkeologi terhad kerana sekatan Israel yang dikenakan sejak Kumpulan Militan Hamas mengambil alih kawasan itu pada 2007.
Pada Februari lalu, pekerja di tapak pembinaan di utara Gaza menemui 31 makam era Rom sejak abad pertama Masihi.
Israel dan Mesi yang berkongsi sempadan dengan Gaza mengehadkan dengan ketat aliran orang keluar masuk dari wilayah miskin itu yang menempatkan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin.
Pada Januari lalu, Hamas membuka semula jenazah Gereja Byzantine abad kelima berikutan usaha pemulihan selama bertahun-tahun yang disokong oleh penderma asing. -AFP