Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Patuhi lesen iklan, elak denda dan tindakan penguatkuasaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Patuhi lesen iklan, elak denda dan tindakan penguatkuasaan

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM….Ahli-ahli MDS bergambar bersama Pengerusi MDS, Kaunselor Stephen Wong Kie Yong. Foto MDS

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) menegaskan bahawa iklan bukan sekadar paparan untuk tujuan perniagaan, sebaliknya memainkan peranan penting dalam membentuk imej, keselamatan serta ketertiban bandar.

Katanya, masih banyak iklan yang dipasang tanpa kelulusan sewajarnya, sekali gus menimbulkan kekacauan visual, risiko keselamatan dan menjejaskan keindahan bandar.

“Di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pengiklanan) 2012, semua iklan wajib dilesenkan sebelum dipamerkan. 

“Keperluan ini memastikan setiap iklan mematuhi piawaian yang betul.

“Malah, menjadi satu kesalahan untuk memasang atau mempamerkan sebarang iklan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. 

Tambahnya, proses pelesenan bukan hanya satu keperluan undang-undang tetapi turut membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.

“Pelesenan mendidik orang ramai untuk mematuhi undang-undang, mengurangkan iklan haram, serta membantu mencantikkan kawasan bandar dengan paparan iklan yang diluluskan dan dikawal selia.

“Paling penting, ia memastikan iklan dipasang dengan selamat tanpa membahayakan orang awam atau bangunan berdekatan,” tegasnya. 

MDS dalam pada itu turut mengingatkan semua pengusaha perniagaan dan pengiklan agar memohon lesen iklan mereka melalui kaunter Bahagian Penguatkuasaan Majlis.

“Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan seperti denda atau penurunan iklan haram. 

“Secara ringkasnya, iklan berlesen bukan sekadar satu keperluan undang-undang, ia adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan bandar kita kekal selamat, teratur dan menarik. 

“Dengan mematuhi undang-undang kecil ini, kita melindungi komuniti, menyokong amalan perniagaan yang adil serta menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan selamat untuk semua,” tambahnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Perangi Gula dan ANMS tingkat kesedaran kesihatan di Julau
Next: RM2 juta diperuntuk bagi Projek Mesra Rakyat 2025 Parlimen Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.