Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patriotik dan berbakat: Mister, Mini & Little Miss Sarawak 2025 pukau pengunjung
  • TEMPATAN

Patriotik dan berbakat: Mister, Mini & Little Miss Sarawak 2025 pukau pengunjung

Utusan Sarawak 21 hours ago
TAHNIAH...Johan Kategori Mini, Caroline (kiri) bersama naib juara kedua, Tiffany Chong Qian Qian (kanan) selepas diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Mister, Mini dan Little Miss Patriotik Sarawak 2025 di Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka, Kuching.

KUCHING: Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka semalam bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh apabila Pertandingan Mister, Mini dan Little Miss Patriotik Sarawak 2025 berlangsung penuh meriah, menampilkan bakat generasi muda dalam suasana yang sarat dengan warna-warni Jalur Gemilang.

Acara yang dianjurkan oleh AI Dot Com dengan kerjasama Fly Fly Management itu mengetengahkan tema ‘Warna Perpaduan’, sejajar dengan sambutan Hari Kebangsaan 2025. 

Tema tersebut bukan sahaja menyerlah pada busana yang diperagakan oleh peserta, malah turut terpancar melalui semangat kebersamaan antara peserta, keluarga dan penonton yang hadir.

PESERTA memperagakan kostum bertemakan ‘Warna Perpaduan’ yang menyerikan pentas Miss Patriotik Sarawak 2025.

Pertandingan tahun ini menampilkan tiga kategori utama iaitu Mini, Mister dan Little Miss. 

Dalam kategori Mini, Caroline muncul juara sekali gus membawa pulang anugerah Pakaian Terbaik, diikuti Lovelia Rose Kuleh sebagai naib juara pertama dan Tiffany Chong Qian Qian di tempat ketiga.

Kategori Mister (9 hingga 13 tahun) pula menyaksikan Mohd Rafiqi dinobatkan sebagai juara serta meraih anugerah Pakaian Terbaik. Tempat kedua dimenangi Muhd Dhabit manakala Mohammad Syafiq di tempat ketiga.

Bagi kategori Miss (10 hingga 14 tahun), Nur Qistina Batrisya tampil meyakinkan untuk dinobatkan sebagai juara. 

Tempat kedua disandang Mia Arisya yang turut membawa pulang anugerah Pakaian Terbaik, sementara Putri Arienna di tempat ketiga.

MIA Arisya, naib juara pertama Kategori Little Miss yang turut menyandang anugerah Pakaian Terbaik, memperagakan busana bertemakan Warna Perpaduan ketika Pertandingan Miss Patriotik Sarawak 2025 di Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka, Kuching.

Sementara itu, gelaran Kesayangan Penonton bagi ketiga-tiga kategori diberikan kepada Aura Ardella (Mini), Muhd Arish Zaffran (Mister) dan Siti Nur Qaseh Aleya (Miss) yang masing-masing berjaya menambat hati khalayak dengan pesona tersendiri.

Lebih daripada sekadar pertandingan, pertandingan Mister, Mini and Little Miss Patriotik Sarawak 2025 menjadi wadah untuk menyemai semangat cinta tanah air melalui kreativiti, keberanian dan semangat persaingan yang sihat. 

Warna-warni kostum serta sorakan penonton melengkapkan suasana, menjadikan acara ini simbol kecil tetapi bermakna tentang bagaimana perpaduan boleh diraikan dalam kepelbagaian.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jalan Kong Yit Khim ditutup separuh laluan hingga November
Next: Penutupan jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul 2025 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.