
SIBURAN: Pasukan YOKCAII Project Team telah muncul sebagai johan dalam pertandingan akhir Futsal Terbuka Lelaki Piala Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang dianjurkan Biro Sukan Sinjok Tijirak (BSST) di Gelanggang Futsal Kampung Sinjok Siburan petang semalam.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah hadir menyaksikan perlawanan akhir di antara Pasukan YOKCAII Project Team dan Pasukan SSS Team sekali gus merasmikan Gelanggang Futsal Kampung Sinjok yang telah siap dibina.
Pertandingan ini bukan hanya terbuka kepada belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat sahaja, malah menarik minat belia dari luar kawasan Tarat untuk turut serta.
Sebanyak 22 pasukan telah turut serta bagi merebut piala pusingan Roland ini.
Naib johan bagi pertandingan akhir Futsal ini ialah Pasukan SSS Team, dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Pasukan MEITD dan Pasukan KHS FT.
Bagi tempat pertama, hadiahnya berupa wang tunai berjumlah RM1,500 dan medal berserta piala manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM800 dan RM400 beserta piala dan medal.
Bagi Penjaga Gol Terbaik pula dimenangi oleh Penjaga gol YOKCAII Project Team, Muhammad Syahlan Roslan manakala bagi Pemain Terbaik dimenangi pemain dari YOKCAII Project Team, Asrof Hanapiah Ahmad.
-UKAS