Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan wanita Kedup dinobat juara bola sepak Piala YB John Ilus 2025
  • SUKAN

Pasukan wanita Kedup dinobat juara bola sepak Piala YB John Ilus 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN bola sepak wanita N.22 Kedup muncul juara Piala YB Tuan John Ilus 2025 yang berlangsung di di Kompleks Sukan Serian, di sini, semalam. Foto: N.22 Kedup

SERIAN: Pasukan bola sepak wanita N.22 Kedup mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai juara Piala YB Tuan John Ilus 2025 yang berlangsung di di Kompleks Sukan di sini, semalam.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik itu, pasukan kendalian Mohd Din Apandi itu menewaskan pasukan JAB FC 2-0.

Kedua-dua gol pasukan N.22 Kedup telah dijaringkan oleh Nur Afiqah Rosli pada minit ke-4 dan Merydiana Sindawat pada minit ke-36.

Kejuaraan itu menyaksikan pasukan N.22 Kedup membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat, manakala pasukan JAB FT selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

MOHD Din Apandi bersama isteri merakamkan gambar bersama hadiah kejuaraan. Foto: N.22 Kedup

Ketua jurulatih pasukan N.22 Kedup, Mohd Din Apandi menyifatkan kejayaan pasukan kendaliannya itu merangkul gelaran juara kali pertama itu adalah berkat usaha keras pemain serta bermain dalam satu pasukan.

“Kemenangan ini adalah hasil daripada latihan intensif, disiplin dan semangat pasukan yang kuat. Kami sangat berbangga kerana dapat membawa pulang trofi ini untuk pasukan N.22 Kedup,” katanya.

Sementara itu, pasukan N.21 Tebedu dan D’flames muncul berada di kedudukan tempat ketiga bersama selepas mereka masing-masing tewas pada aksi separuh akhir. Kedua-dua pasukan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan pingat.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot mungkin gandingkan Isak-Ekitike selepas tugasan antarabangsa
Next: Harga tiket Piala Dunia 2026, antara RM253 hingga setinggi RM28,000 sekeping

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.