Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan SAR dapat petunjuk baharu, temui perahu dipercayai milik mangsa 
  • SEMASA

Pasukan SAR dapat petunjuk baharu, temui perahu dipercayai milik mangsa 

Utusan Sarawak 7 hours ago
OPERASI SAR yang memasuki hari ketiga hari ini mendapat petunjuk baharu apabila menemui perahu milik mangsa yang dipercayai digunakan ketika keluar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang. Foto: PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang hilang sejak Rabu lalu di kawasan Tebarong, Lubok Skrang, diteruskan hari ini dengan petunjuk baharu yang memberi harapan kepada pasukan penyelamat.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi hari ketiga dimulakan seawal 8.00 pagi oleh pasukan yang diketuai Massuria Ini dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.

Pada 9.00 pagi, pasukan SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan gabungan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA serta penduduk kampung. Satu kumpulan melakukan pencarian di kawasan air manakala dua kumpulan lain menelusuri kawasan darat. 

OPERASI SAR yang memasuki hari ketiga hari ini mendapat petunjuk baharu apabila menemui perahu milik mangsa yang dipercayai digunakan ketika keluar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang. Foto: PGO Bomba Sarawak

Dalam radius pencarian tiga kilometer, pasukan menemui perahu milik mangsa, Igoh Sengaling, 84 tahun, yang dipercayai digunakan ketika keluar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang.

Operasi dihentikan sebentar 1.30 petang untuk memberi rehat kepada pasukan penyelamat sebelum disambung semula 2.30 petang. 

Pasukan SAR di air menggunakan bot APM dan bot penduduk kampung memperluas radius pencarian di sungai sehingga tujuh kilometer, manakala dua pasukan darat terus menelusuri kawasan sekeliling lokasi perahu ditemui. 

Operasi ditangguhkan 5.00 petang dan dijadualkan bersambung keesokan hari dengan harapan dapat menemui mangsa yang masih hilang.

Mangsa, Igoh Sengaling, berusia 84 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah panjangnya di Rumah Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang pada Rabu lalu sekitar 7.00 pagi menggunakan perahu sendiri untuk ke klinik mengambil ubat. 

OPERASI SAR yang memasuki hari ketiga hari ini mendapat petunjuk baharu apabila menemui perahu milik mangsa yang dipercayai digunakan ketika keluar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang. Foto: PGO Bomba Sarawak

Ketiadaan beliau menyebabkan ahli keluarga bersama penduduk rumah panjang memulakan pencarian sejak hari kejadian, dan laporan polis dibuat pada keesokan harinya sekitar 7.51 malam setelah usaha pencarian awal tidak berhasil.

Operasi SAR ini menekankan kerjasama erat antara agensi penyelamat dan komuniti setempat dalam usaha mencari mangsa hilang. 

Penemuan perahu milik mangsa memberikan arah baharu kepada pasukan, sekali gus meningkatkan harapan untuk menemui Igoh Sengaling dalam keadaan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Poster tular Bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu
Next: Rumah terbuka cerminkan perpaduan kukuh masyarakat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.