Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Samarahan raih juara keseluruhan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025
  • SUKAN

Pasukan Samarahan raih juara keseluruhan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan gambar kenangan bersama semua pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 di Stadium Tertutup Kota Samarahan, hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan penuh gemilang yang disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Stadium Tertutup Kota Samarahan, hari ini.

Beliau berkata kejohanan ini merupakan penganjuran berskala besar pertama yang berjaya menghimpunkan penyertaan 10 pasukan daripada 12 bahagian di Sarawak.

“Kejohanan ini mencerminkan komitmen dan sokongan kerajaan Sarawak terhadap pembangunan sukan sepak takraw sebagai sebahagian daripada warisan rakyat yang perlu dipertahankan dan dimajukan,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya pembangunan sukan di peringkat akar umbi termasuk pembentukan persatuan aktif di Bahagian Kapit dan Sarikei serta pembinaan kemudahan sukan yang mencukupi.

“Kekangan dana bukanlah isu utama, yang lebih penting adalah pengurusan yang cekap serta kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, persatuan dan wakil rakyat,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan Sarawak akan terus menyediakan pelbagai bentuk sokongan termasuk infrastruktur, dana serta inisiatif pendidikan percuma di universiti awam negeri, sekali gus memperkasakan pembangunan sukan di semua peringkat.

Beliau menggesa agar lebih banyak kejohanan dianjurkan di peringkat kampung, daerah dan bahagian bagi mencungkil bakat baharu serta melonjakkan prestasi sukan sepak takraw Sarawak ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk dalam persediaan ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang di Selangor.

Majlis penutup kejohanan ini turut menyaksikan aksi final kategori regu lelaki yang menyaksikan persaingan di antara pasukan Samarahan dan Bintulu.

Pasukan tuan rumah menampilkan aksi mantap untuk menewaskan Bintulu dengan keputusan 15–13 pada set pertama dan 15–10 pada set kedua, sekali gus merangkul kejuaraan.

Kemenangan ini melengkapkan malam gemilang buat pasukan Samarahan yang turut dinobatkan juara keseluruhan selepas menjuarai dua kategori utama iaitu regu Terbuka dan regu Lelaki Berpasukan.

Keputusan penuh Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 bagi regu wanita johan (Kuching), naib johan (Betong) dan tempat ketiga (Limbang) manakala regu lelaki johan (Betong), naib johan (Kuching) dan tempat ketiga (Samarahan).

Regu terbuka pula, johan (Samarahan), naib johan (Bintulu) dan tempat ketiga (Kuching dan Sibu).

Regu lelaki berpasukan johan (Samarahan), naib johan (Kuching) dan tempat ketiga (Bintulu dan Serian).  

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 15 petinju TBBC Sri Aman sertai Kejohanan Tinju Kebangsaan di Sibu
Next: Samarahan Bike Challenge 2025 catat kejayaan, tarik penyertaan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.