Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Rebak dari Debak muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing
  • SUKAN

Pasukan Rebak dari Debak muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kalaka Mohamad Duri hadir bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pada Pertandingan Pangkah Gasing Kalaka sempena Pesta Saratok 2025 dekat sini hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan Rebak dari Debak membuktikan tuah milik mereka kali ini apabila berjaya menumpaskan pasukan Libas Bugau dari Spaoh pada perlawanan akhir Pertandingan Pangkah Gasing Kalaka sempena Pesta Saratok 2025 di Gelanggang Gasing Kenyalang Kampung Tanjung Hulu Saratok, hari ini.

Dengan kejayaan itu, pasukan Rebak berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 berserta pingat dan hamper, manakala pasukan Libas Bugau terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang eang tunai berjumlah RM700, pingat dan hamper.

Sementara itu, pasukan GSU 2 dari Saratok di tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai  RM500, pingat serta hamper, di tempat keempat Team Pak Aji dari Saratok yang membawa pulang wang tunai RM300, pingat serta hamper.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang di ketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Harjam Jemain kerana telah menganjurkan pertandingan dengan jayanya.

“Melalui penganjuran berterusan sukan tradisional ini, ia diharapkan tidak akan lenyap dan kita mahu ia sentiasa dimainkan untuk mengekalkan warisan permainan tradisional untuk ditonton oleh generasi baharu masa kini,” ujarnya.

Pertandingan Pangkah Gasing Kalaka sempena Pesta Saratok 2025 yamg telah berlangsung selama lima hari ini disertai seramai 32 pasukan terdiri daripada lima pasukan dari Debak, empat pasukan dari Sri Aman, empat pasukan dari Spaoh dan 19 Pasukan dari Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lebih 20 pasukan sertai Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.