Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pasukan penyelamat Indonesia temui 15 mayat mangsa banjir di Papua Barat
  • GLOBAL

Pasukan penyelamat Indonesia temui 15 mayat mangsa banjir di Papua Barat

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR ini diambil dan dikeluarkan pada 19 Mei 2025 oleh agensi mencari dan menyelamat Indonesia (BASARNAS) menunjukkan pasukan penyelamat mengangkat mayat selepas hujan lebat berjam-jam menyebabkan banjir dan tanah runtuh berhampiran sebuah lombong emas di kawasan terpencil berhampiran Manokwari, Papua Barat. FOTO BERNAMA

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia menemukan 15 mayat selepas banjir kilat yang melanda sebuah tapak perlombongan emas terpencil di Pergunungan Arfak, Papua Barat, dengan empat lagi mangsa masih dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Bencana itu melanda perkampungan Jim di daerah Catubouw pada 16 Mei, selepas hampir tujuh jam hujan lebat.

“Mayat mangsa ditemukan secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari.

“Lapan daripada mereka telah dikenal pasti, manakala tujuh lagi masih belum dikenal pasti dan dihantar ke Hospital Polis Bhayangkara untuk pemeriksaan,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Seorang pelombong yang pada awalnya dilaporkan hilang, kemudian ditemukan selamat di sebuah kampung berhampiran.

Abdul Muhari berkata, usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang diteruskan dengan bantuan pasukan kecemasan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), tentera, polis dan sukarelawan.

“Operasi menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan bentuk muka bumi yang mencabar, keadaan cuaca tidak menentu, arus sungai yang deras dan kekurangan peralatan komunikasi.

“Suhu pada waktu malam yang rendah di kawasan pergunungan turut menjejaskan ketahanan fizikal anggota pasukan penyelamat yang terlibat,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Saksi sahkan bekalan bantuan pertama sampai kepada penduduk Gaza
Next: 4 maut, seorang hilang akibat banjir di timur Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.