Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Odyssey’s muncul juara Pertandingan Futsal KASUS Cawangan Saribas
  • SUKAN

Pasukan Odyssey’s muncul juara Pertandingan Futsal KASUS Cawangan Saribas

Utusan Sarawak 6 hours ago
JUARA…Odyssey’s dari Spaoh. Foto KASUS Saribas

SARIBAS: Pasukan Odyssey’s dari Spaoh muncul juara Pertandingan Futsal sempena Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Cawangan Saribas 2025 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Sukan Baru Kampung Tuie, hari ini.

Dengan kejayaan itu, pasukan Odyssey’s berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 selepas menewaskan pasukan KKRB dari Pusa yang menerima RM800 selaku naib juara.

Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh Frenz FT dari Debak dan Generation LC (Tuie x Kuching) yang masing-masingnya membawa pulang RM300.

Sementara itu, anugerah pemain terbaik kejohanan disandang oleh Muhd Ramadhan dari pasukan juara Odyssey’s, manakala gelaran penjaga gol terbaik diberikan kepada Muhd Adeep dari pasukan KKRB.

Kesemua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Temenggong Piee Alwi yang mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Menurut Pengerusi Pertandingan, Suib Paaie berkata sebanyak 28 pasukan telah memeriahkan Pertandingan Futsal sempena KASUS Cawangan Saribas 2025 kali ini.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mengasah bakat sukan dalam kalangan belia, tetapi turut mengeratkan hubungan antara komuniti.

“Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini, khususnya para pemain, penyokong, dan komuniti Kampung Tuie atas sambutan yang hangat dan meriah,” katanya.

Kejohanan anjuran Unit SABERKAS Cawangan Saribas dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Kasukan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tuie itu menghimpunkan pasukan-pasukan hebat dari sekitar kawasan Saribas dalam semangat kesukanan dan perpaduan belia.

Turut hadir, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak Iszuan Haironi, Naib Pengerusi SABERKAS Cawangan Saribas Kaunselor Sufian Omar, Penghulu Marawi Ais, Ketua Kaum Kampung Tuie Kamaludin Brahim, serta barisan Exco SABERKAS Negeri Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Raja Sungai Pesta Gedong 2025 milik King Paddle GT
Next: Gandingan ‘scratch’ Indonesia runtuhkan impian Aaron-Wooi Yik di Final Terbuka China 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.