Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Muay Thai Sarawak giat jalani latihan di luar negara – Presiden Persatuan Muay Thai
  • SUKAN

Pasukan Muay Thai Sarawak giat jalani latihan di luar negara – Presiden Persatuan Muay Thai

Utusan Sarawak 10 months ago
PRESIDEN Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim.

KUCHING: Pasukan muay thai Sarawak sedang giat menjalankan latihan intensif di luar negara bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos ini.

Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim berkata, dengan adanya pendedahan di luar negara mereka akan lebih mantap dan siap siaga untuk mempertahankan kehebatan Sarawak dalam arena sukan itu.

“Kita (pasukan muay thai) telah berusaha sedaya upaya untuk membuat  persiapan yang terbaik dan menghantar anak-anak yang bakal mewakili SUKMA berlatih bukan sahaja dalam negara, malah ke luar negara.

“Insya-Allah kita akan dapat mempertahankan status kita. Dalam SUKMA yang lepas, kita memperoleh dua pingat emas, perak dan gangsa…semua ada,” katanya di sini.

Jumaat berkata beliau optimis pasukan Sarawak mampu memberikan yang terbaik dan menyahut seruan untuk mengharumkan nama negeri dengan memperolehi kemenangan.

“Kita juga sedia maklum bahawa anak-anak muda Sarawak pasti ada yang akan mewakili bukan sahaja negeri tetapi juga mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam sukan muay thai. Perkembangan ini adalah satu kebanggaan bagi kami di persatuan,” katanya.

Pertandingan acara muay thai akan bermula pada 15 sehingga 20 Ogos di bahagian Bintulu di gelanggang Paragon Mall.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. -Bernama

Continue Reading

Previous: Copa: Presiden bola sepak Colombia ditahan
Next: Skuad bola sepak wanita Sarawak uji ketahanan di Thailand, misi cipta sejarah di pentas SUKMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.