Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Lion 3 FT raih juara Futsal Gawai Raya
  • SUKAN

Pasukan Lion 3 FT raih juara Futsal Gawai Raya

Utusan Sarawak 14 hours ago
PASUKAN yang telah meraih kemenangan pada Pertandingan Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka 2025 yang diadakan di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Ebon, Lubok Pisang, dekat sini petang tadi. Foto ADUN Kabong

KABONG: Pasukan Lion 3 FT muncul juara dalam Pertandingan Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka 2025 yang diadakan di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Ebon, Lubok Pisang, dekat sini petang tadi.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Lion 3 FT menewaskan pasukan Siluriformes FC dengan jaringan 3-1.

Kejayaan itu menyaksikan pasukan Lion 3 FT membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala dan pingat, manakala pasukan Siluriformes FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Tempat ketiga disandang oleh HYC FT yang menerima hadiah wang tunai RM700, piala dan pingat, manakala tempat keempat menjadi milik Sessang Tigris X yang membawa pulang hadiah wang tunai RM400, piala dan pingat.

Bagi anugerah penjaring terbanyak telah dianugerahkan kepada Aiman Owen Chuo daripada Lion 3 FT, anugerah penjaga gol terbaik pula dianugerahkan kepada Khairul Abjad daripada pasukan Siluriformes FC dan pemain terbaik dianugerahkan kepada Mohamad Adib Zhafran daripada pasukan Lion 3 FT serta setiap penerima anugerah individu membawa pulang wang tunai RM100 dan piala penghargaan.

PASUKAN Lion 3 FT muncul juara dalam Pertandingan Futsal Gawai Raya Lelaki Terbuka 2025 yang diadakan di Gelanggang Futsal Rumah Jalie Ebon, Lubok Pisang, dekat sini petang tadi. Foto ADUN Kabong

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir diiringi ucapan tahniah dan syabas kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan pertandingan tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat khususnya belia. 

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong, Abdul Rahim Peli dalam ucapan aluannya menyatakan harapan agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda PBB Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Kabong menyaksikan penyertaan sebanyak 16 pasukan dari pelbagai kawasan termasuk Kuching, Saratok, Sebuyau, Sarikei dan Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 32 Pasukan berentap di Kejohanan Futsal Piala ADUN Tamin, 27-28 Jun ini
Next: Cunha tekad bantu United kembali bangkit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.