Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Kuching juara Kejohanan Xiang Qi Sarawak 2025
  • SUKAN

Pasukan Kuching juara Kejohanan Xiang Qi Sarawak 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
TAHNIAH… Pasukan Kuching juara keseluruhan Kejohanan Xiang Qi Sarawak (Catur Cina), bergambar kenangan bersama Datuk Dr Penguang Manggil. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Pasukan Kuching dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Xiang Qi Sarawak 2025, anjuran Persatuan Xiang Qi Sarawak dengan kerjasama Kelab Xiang Qi Baram dan SJK (C) Chung Hua Marudi.

Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Miri, manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh Pasukan Miri dan Kota Samarahan.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil di Chan Restoran, malam tadi.

Kejohanan Xiang Qi atau Catur Cina yang berlangsung selama tiga hari di SJK (C) Chung Hua Marudi ini merupakan khazanah budaya tradisional Cina yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.

Menurut beliau, kejohanan ini terkenal dengan strategi halus dan kebijaksanaan mendalam yang telah lama digemari masyarakat Cina.

“Selama tiga hari kejohanan ini berlangsung, ia menyaksikan pertembungan minda dan pertarungan kemahiran yang penuh kehebatan intelektual,” ujarnya.

Beliau menambah, setiap langkah di atas papan catur adalah hasil kebijaksanaan dan setiap strategi mencerminkan suara jiwa dan minda pemain.

Menurutnya, kelab Xiang Qi menjadi tonggak penting dalam memajukan permainan ini, di mana hasil ketabahan dan usaha gigih para perintis telah membina asas kukuh kepada perkembangan Xiang Qi yang dinikmati oleh masyarakat Cina hari ini.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous:  Sukan badminton diperluas ke seluruh Marudi dan Beluru
Next: 550 sertai Larian Antarabangsa Siniawan H4 di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.