Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan Keselamatan Saudi tahan 20 individu bawa jemaah haji tanpa kebenaran
  • SEMASA

Pasukan Keselamatan Saudi tahan 20 individu bawa jemaah haji tanpa kebenaran

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN Keselamatan Haji Arab Saudi berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk berhadapan dengan sebarang ancaman kepada jemaah dan perjalanan ibadah haji musim ini. Pasukan keselamatan haji itu akan mengambil tindakan tegas dan berkesan bagi memastikan persekitaran kekal selamat untuk jemaah melaksanakan ibadah Rukun Islam kelima. Foto Bernama

MAKKAH: Pasukan keselamatan haji Arab Saudi di pintu masuk ke Makkah menahan 20 individu terdiri daripada lima ekspatriat dan 15 warganegara kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 94 jemaah tanpa permit sah.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), Kementerian Dalam Negeri telah memulakan tindakan pentadbiran terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pemandu, rakan subahat serta jemaah tanpa kebenaran.

Langkah-langkah dikenakan termasuk hukuman penjara, denda sehingga SR100,000 serta penyiaran identiti pesalah secara terbuka. 

Warga asing yang terlibat akan dihantar pulang selepas tamat hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun. 

Kenderaan yang digunakan juga akan dirampas.

Kementerian turut mengingatkan bahawa sesiapa yang cuba menunaikan haji tanpa permit akan dikenakan denda sehingga SR20,000.

Kementerian Dalam Negeri menggesa semua rakyat dan penduduk supaya mematuhi peraturan dan arahan haji secara tegas, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah dalam melaksanakan ibadah suci itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cuaca panas, jemaah haji dilarang jalan kaki ketika masyair
Next: Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan, lindungi 1.8 juta jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.