Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di bulan
  • GLOBAL

Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di bulan

Utusan Sarawak 5 months ago

KYOTO: Sebuah universiti Jepun dan syarikat pembinaan telah bekerjasama dalam penyelidikan untuk membangunkan habitat bulan yang mampu menjana graviti buatan, membolehkan orang ramai hidup di Bulan dalam keadaan yang serupa dengan di Bumi, Kyodo News melaporkan. 

Universiti Kyoto dan Kajima Corp. menyasarkan untuk membina prototaip berasaskan tanah bagi “Neo Lunar Glass”, struktur paraboloid yang menjana graviti melalui putaran, menjelang 2030-an.

Teknologi ini dijangka menangani kebimbangan mengenai kesan buruk pendedahan berpanjangan kepada mikrograviti pada tubuh manusia, termasuk kehilangan tulang dan otot.

“Projek ini menuntut lonjakan teknologi yang ketara, tetapi kami berhasrat untuk mencapainya dan membuka jalan bagi koloni angkasa lepas”, kata ahli pasukan Yosuke Yamashiki, seorang profesor kajian bersepadu lanjutan dalam kelangsungan hidup manusia di Universiti Kyoto.

Struktur Kaca Lunar akan berdiameter kira-kira 200 meter dan tinggi 400 meter, mampu menempatkan sehingga 10,000 orang.

Di bawah projek itu, yang bermula pada tahun fiskal semasa, cabaran akan dikenal pasti terlebih dahulu melalui model dan simulasi komputer.

Model skala 1:2000 telah diumumkan apabila Universiti Kyoto dan Kajima mengumumkan permulaan penyelidikan bersama sepenuhnya awal bulan ini. 

Mereka juga telah menjalankan simulasi yang menunjukkan kelakuan objek di bawah graviti buatan.– BERNAMA-KYODO

Continue Reading

Previous: Helikopter terhempas di hospital, empat maut termasuk doktor
Next: Peningkatan pelepasan abu Gunung Berapi Kanlaon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.