Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan Hong Kong juara Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan 2026
  • SEMASA

Pasukan Hong Kong juara Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago
HASIL tangkapan terbesar ikan Black Marlin seberat 76.6 kilogram (kg) yang berjaya dinaikkan ke darat oleh para peserta cabaran Pertandingan Memancing Laut Dalam 2026 sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan hari ini. Foto: Bernama

LABUAN: Pasukan Hong Kong Blue Ocean 1 muncul juara Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan selepas merekodkan tangkapan keseluruhan seberat 66.12 kilogram (kg), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM45,000.

Naib juara menjadi milik pasukan berpangkalan di Sabah, Borneo Sea Master dengan tangkapan 61.72 kg manakala kumpulan dari negara ini Victoria Marlin 3 di tempat ketiga dengan tangkapan 58.94 kg. Tempat keempat juga diraih pasukan pemancing Malaysia P.O.V Angle dengan tangkapan keseluruhan 50.72 kg.

Pemancing Malaysia mengungguli kategori individu bagi tangkapan marlin menerusi Jamalusiad Abu Noh yang mendaratkan seekor ikan black marlin seberat 76.6 kg, sekali gus meraih wang tunai RM3,000.

Antara spesies yang berjaya didaratkan sepanjang kejohanan itu termasuk tuna, ikan demuduk, kerapu, ikan merah, amberjack, wahoo dan alu-alu sekali gus mencerminkan kepelbagaian biodiversiti marin yang kaya di perairan sekitar Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata kejohanan itu menarik penyertaan 225 pemancing dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, serta peserta antarabangsa antaranya dari Hong Kong, Brunei dan Singapura.

SEBAHAGIAN hasil tangkapan ikan bersaiz besar dan sederhana para peserta cabaran Pertandingan Memancing Laut Dalam 2026 sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan hari ini. Foto: Bernama

Beliau berkata kejohanan yang bermula 28 April lepas dan berakhir hari ini menyaksikan pemancing menjelajah hingga ke perairan Kepulauan Spratly bagi memburu hasil tangkapan laut dalam yang bernilai tinggi.

“Cabaran Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan bukan sahaja mempromosikan sukan memancing secara mampan, tetapi turut merancakkan ekonomi tempatan melalui peningkatan ketibaan pelancong, kadar penginapan hotel serta aktiviti maritim berkaitan,” katanya.

Rithuan berkata Perbadanan Labuan kekal komited untuk meningkatkan profil kejohanan itu selaras dengan usaha menjadikan Labuan sebagai hab memancing antarabangsa di rantau ini.

Kejohanan sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 itu turut menekankan amalan memancing secara bertanggungjawab, dengan beberapa kategori mengamalkan pendekatan tangkap dan lepas bagi memelihara ekosistem marin. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.