Pasukan Gallop FC (Sibu) juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala (ADUN) Tamin

Facebook
WhatsApp
TAHNIAH… Pasukan Gallop FC (Sibu) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala (ADUN) Tamin.

SIBU: Pasukan Gallop FC (Sibu) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang yang berakhir di Padang Sintetik Permai di sini, petang semalam.

Pada perlawanan tersebut Pasukan Gallop FC (Sibu) telah menewaskan pasukan Al Quthuz B (Sarikei).

Kemenangan itu menyaksikan Pasukan Gallop FC (Sibu) berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala dan medal, diikuti Al Quthuz B (Sarikei) selaku naib juara memenangi wang tu­nai RM2,000 serta piala dan medal.

Tempat Ketiga bersama iaitu pasukan My Team (Mukah) dan Starcops (Sibu) yang memenangi wang tu­nai RM1,000 serta piala dan medal.

Gira dalam ucapannya memberitahu bahawa pertandingan itu terpaksa diadakan di luar kawasan DUN Tamin kerana Kompleks Sukan Selangau masih dalam pembinaan.

“Saya berharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat mencungkil bakat belia dalam sukan bola sepak, khususnya di kawasan tengah Sarawak,” katanya.

Kejohanan itu dianjurkan Kelab Sukan Rekreasi Seven Son DUN Tamin yang berlangsung selama dua hari dari 6 hingga 7 Julai dan disertai sebanyak 20 pasukan.

Oleh Tarani Lanting

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan