Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan bomba selamatkan burung enggang cedera di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Pasukan bomba selamatkan burung enggang cedera di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERAH…Henry Jugah ketika menyerahkan burung itu kepada pegawai bertugas, Harry Morris dan Rolland Ajong bagi pemeriksaan serta rawatan susulan, petang semalam.

MIRI: Seekor burung enggang ditemui cedera selepas dipercayai terlanggar dinding sebuah bangunan kilang sebelum diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian di Kuala Baram petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan burung itu pada 4.30 petang.

“Sepasukan anggota dengan diketuai beliau sendiri segera ke lokasi dan mendapati burung enggang tersebut berada dalam keadaan lemah serta cedera di leher dipercayai akibat pelanggaran berkenaan.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengambil burung tersebut dengan selamat sebelum menghantarnya ke Pusat Konservasi Hidupan Liar, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Kem Piasau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam pesanan ringkas semalam.

Burung berkenaan diserahkan kepada pegawai bertugas, Harry Morris dan Rolland Ajong bagi pemeriksaan serta rawatan susulan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: KPDN Miri serbu stesen minyak disyaki seleweng diesel
Next: Sampah bertaburan, kemudahan rosak cetus kekecewaan penduduk Pantai Bungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.