
BINTANGOR: Kehadiran seekor ular sawa di dalam stor sebuah rumah di Lorong 8A, Jalan Kilang mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum berjaya ditangkap oleh pasukan bomba, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.34 pagi.
“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Herman dan dua anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, penghuni rumah memaklumkan terdapat seekor ular sawa berada di dalam stor rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, anggota bomba kemudiannya bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut ular.
“Ular sawa berjaya di tangkap dalam tempoh lebih kurang 20 minit.
“Ular sawa yang berjaya ditangkap seterusnya dilepaskan semula ke habitat asal dan khidmat khas selesai sepenuhnya pada 12.08 tengah hari,” katanya.
Oleh Earl Anek