Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan Alpha BBP Bintangor laksana latihan intensif
  • Tengah
  • WILAYAH

Pasukan Alpha BBP Bintangor laksana latihan intensif

Utusan Sarawak 2 days ago

FOKUS… Anggota bomba menjalankan latihan kawad mahir teknik ikatan dalaman dan luaran pada pengusung. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pasukan Alpha dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah melaksanakan latihan intensif di bawah Sistem Tugasan Balai (STB), baru-baru ini. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut bertujuan memperkukuh kecekapan anggota bomba dalam pengendalian mangsa menggunakan pengusung.

“Latihan yang dijalankan dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Bay Jentera BBP Bintangor ini menumpukan kepada latihan kawad mahir yang melibatkan teknik ikatan dalaman dan luaran pada pengusung, bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin sepanjang proses pemindahan.

“Latihan seperti ini amat penting untuk memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan.

“Melalui pelaksanaan sistem ini, anggota bomba diberi latihan yang berstruktur dan praktikal, bukan sahaja untuk mengasah kemahiran teknikal, malah turut meningkatkan kerjasama serta penyelarasan dalam kalangan mereka semasa menjalankan tugas di lapangan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, objektif latihan adalah untuk memastikan setiap anggota memahami prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan pengusung serta mampu melaksanakannya dengan pantas, cekap dan selamat.

“Selain itu, latihan ini juga membantu meningkatkan kemahiran keseimbangan dan ketahanan fizikal anggota bomba, khususnya ketika membawa mangsa di kawasan yang sempit, berbukit atau ketika menghadapi bencana,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong lawat 186 rumah panjang sempena Gawai Dayak
Next: Sesi dialog pantau status Projek RTP DUN Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.