Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasukan A Persatuan E-Xin Bintulu Ungguli Kejohanan Tarian Singa Sarikei 2025
  • TEMPATAN

Pasukan A Persatuan E-Xin Bintulu Ungguli Kejohanan Tarian Singa Sarikei 2025

Utusan Sarawak 2 hours ago
TAHNIAH…..Pasukan A Persatuan E-Xin Tarian Naga & Singa, Bintulu menerima hadiah wang berjumlah RM3,000 dan piala selaku johan di Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025.

SARIKEI: Kecemerlangan gerak tari dan kawalan persembahan menjadikan pasukan A Persatuan E-Xin Tarian Naga & Singa, Bintulu sebagai johan Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025.

Kumpulan tersebut tampil dengan rutin bertenaga, kemas dan seimbang dari segi teknik serta penguasaan pentas, sekali gus meletakkan mereka di hadapan pasukan lain sepanjang saingan dua hari acara berprestij itu dijalankan di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu.

Dengan kemenangan itu, pasukan ini telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala kejohanan.

Naib johan pula dimenangi oleh Kelab Tarian Naga dan Singa Liang Sheng, Kuching yang turut mempamerkan persembahan meyakinkan, membawa pulang RM2,000 dan piala.

Di tempat ketiga, pasukan A Serian Wu Ze Xian Shi Temple Lion Dance Troupe berjaya membawa pulang RM1,000 dan piala.

Sementara itu, pasukan yang menduduki tempat keempat hingga ke-10 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan trofi, sebagai penghargaan terhadap penyertaan dan komitmen mereka dalam memartabatkan seni warisan tersebut.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Penghulu Huang Tiong Kang, selaku wakil kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Keseluruhan pertandingan berjalan lancar dan meriah, diiringi sorakan penonton yang hadir memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertandingan Tarian Singa perkukuh warisan seni dan semangat berpasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.