Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan rakyat terima perkhidmatan terbaik
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan rakyat terima perkhidmatan terbaik

Utusan Sarawak 1 day ago
HADIR… Dato Sri Doris Sophia Brodie menghadiri ‘Program Ngopi-Ngopi Prihatin Rakyat’ di Rumah Noria Ampat, Kampung Entulang Danau, semalam. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

PANTU: Aktiviti turun padang oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata tidak timbul isu pemimpin GPS hanya muncul mendekati rakyat ketika musim pilihan raya sahaja.

“Pemimpin GPS sentiasa dilihat turun padang dan bekerja dengan sepakat melakukan perbincangan dengan rakyat sekiranya mendapati wujud satu-satu permasalahan di kawasan.

“Aktiviti turun padang oleh pemimpin GPS di sesebuah kawasan adalah merupakan amalan yang berterusan dan tidak dilakukan secara bermusim bagi memastikan penduduk setempat dan rakyat menerima perkhidmatan terbaik, terutama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa menghadiri ‘Program Ngopi-Ngopi Prihatin Rakyat’ di Rumah Noria Ampat, Kampung Entulang Danau, di sini semalam.

Doris berkata pemimpin dan rakyat perlu mempunyai kesepakatan yang erat, malah setiap permasalahan yang wujud dibincang bersama agar setiap pembangunan yang diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Menurutnya, kaedah ini bukan sahaja mendekatkan pemimpin dengan rakyat, tetapi juga cara terbaik untuk pemimpin mengetahui secara terus permasalahan yang dihadapi rakyat.

Tambahnya lagi, pendekatan seperti itu sejajar dengan perjuangan GPS yang mengutamakan keperluan rakyat Sarawak termasuk mereka di kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini.

“Sudah pasti saya akan memberikan perhatian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Apa pun masalah mereka, kita akan tetap memberikan keutamaan walaupun ada sebahagiannya terpaksa diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” ujar Doris.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Anthony Abell Chendan, Penghulu Riji Gu, Penghulu Leonard Libau, Penghulu Anthony Sampek serta 50 tuai rumah.
Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan di Telang Usan
Next: Kerajaan fokus bangunkan ekonomi Simanggang, sokongan rakyat diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.