Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan
  • Selatan
  • WILAYAH

Pastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan

Utusan Sarawak 3 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Rubiah Wang merakamkan gambar kenangan bersama masyarakat setempat sempena Majlis Perasmian Salam Desa 2025.

ASAJAYA: Program Salam Desa 2025 merupakan usaha strategik kerajaan menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata, melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan, kesejahteraan rakyat terutama di kawasan desa sentiasa menjadi keutamaan.

“Salah satu usaha signifikan yang dilaksanakan ialah Program Salam Desa 2025, yang menjadi platform utama bagi kerajaan mendekati rakyat serta menyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan,” katanya semasa menyempurnakan majlis perasmian Program Salam Desa di Dewan Sri Payong, Kampung Endap, Kota Samarahan, di sini, hari ini.

GIMIK perasmian Program Salam Desa yang disempurnakan oleh Datuk Rubiah Wang.
SESI penyampaian bantuan persekolahan – Yayasan Pelajaran Mara oleh Datuk Rubiah Wang kepada wakil penerima setiap sekolah.

Beliau menegaskan program itu bukan sekadar sesi turun padang, tetapi merupakan pendekatan menyeluruh bagi memastikan pembangunan luar bandar lebih sistematik dan efektif.

“Program Salam Desa bukan sekadar sebuah program turun padang, tetapi ia adalah platform untuk kita mendengar suara rakyat, menyampaikan bantuan serta merangka penyelesaian bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat desa,”katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan matlamat memperkukuh kesejahteraan rakyat, program tersebut turut menyaksikan penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA kepada 80 pelajar dari empat sekolah di kawasan sekitar.

“Bantuan ini merangkumi wang tunai RM100 secara one-off serta kelengkapan persekolahan diberi kepada wakil penerima dari SMK Agama Matang, Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan, SK Kampung Endap dan SMK Siburan.

“Selain bantuan pendidikan, program tersebut turut menyaksikan penyampaian Surat Tawaran Skim Pembiayaan Ekspres (SPIKE) MARA, Bantuan Tuisyen Rakyat RISDA, serta penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan yang dianjurkan sepanjang program berlangsung,” katanya.

UCAPAN… Datuk Rubiah Wang menyampaikan ucapan.
DATUK Rubiah Wang ditemui media.

Katanya, bantuan itu bukan sekadar meringankan beban keluarga tetapi juga memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pendidikan.

“Kita mahu pastikan setiap anak luar bandar mendapat peluang pendidikan terbaik, tanpa dibebani kekangan ekonomi yang boleh menjejaskan masa depan mereka,”ujarnya.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan sistem saliran serta mempercepatkan projek mitigasi banjir bagi mengurangkan kesannya terhadap penduduk.

“Kami sedar bahawa banjir memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat setempat.

“Justeru, kerajaan komited dalam melaksanakan projek mitigasi yang dapat menangani masalah ini secara berkesan,”jelasnya.

“Antara langkah yang sedang dilaksanakan ialah projek mitigasi banjir di bawah Integrated Samarahan Development Agency (ISDA) serta pembinaan sistem saliran baharu di kawasan berisiko tinggi seperti Kampung Endap dan Taman Samarindah.

PENYAMPAIAN Bantuan Tuisyen Rakyat – RISDA.

“Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026, merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kerajaan bagi memastikan kesan banjir dapat diminimumkan dan infrastruktur yang lebih mampan dapat dibangunkan di kawasan terlibat,” jelasnya.

Turut hadir Wakil Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Roslan Mahmood; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man; Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmad dan Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zainuddin Bidin.

Program Salam Desa 2025 jelas membuktikan bahawa pembangunan luar bandar bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata, tetapi turut memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dana RM20,000 kepada Persatuan Chung Hua Lundu
Next: Jambatan Sungai Ruben bakal siap Januari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.