Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pasport Malaysia kini di tangga ketiga dunia
  • NASIONAL

Pasport Malaysia kini di tangga ketiga dunia

Utusan Sarawak 20 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di laman sosial memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.

“Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara di seluruh dunia,” menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: MOT teliti cadangan wajibkan syarikat penerbangan nyatakan jumlah subsidi pada tiket
Next: Malaysia larang penjualan produk “Hong Thai Inhaler” – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.