Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah susut susulan kelemahan serantau
  • BISNES

Pasaran getah susut susulan kelemahan serantau

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO Bernama.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

Seorang peniaga berkata ketidakpastian yang berterusan terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut menjejaskan sentimen pasaran.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam penanda aras harga minyak mentah selepas sentimen pasaran dirangsang oleh petunjuk kestabilan ekonomi global yang muncul selepas penangguhan tarif ke atas Kesatuan Eropah oleh AS,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, niaga hadapan getah Jepun menyaksikan penyusutan selepas menjejaki penurunan dalam niaga hadapan Shanghai, yang direncatkan oleh kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China.

Pada 3.00 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR20 merosot 15 sen kepada 725.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan sebanyak tiga sen kepada 624 sen sekilogram.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Keuntungan bersih Maybank pada RM2.59 bilion, dipacu perbankan korporat
Next: Sarawak lantik syarikat dari Belanda kaji kebolehlaksanaan NKIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.