Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah diunjur bergerak dalam julat sempit minggu depan
  • BISNES

Pasaran getah diunjur bergerak dalam julat sempit minggu depan

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak dalam julat sempit  dengan kecenderungan lebih kepada trend menaik minggu depan terutamanya disebabkan oleh situasi bekalan yang ketat.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low berpendapat adalah penting untuk para peniaga menyimpan stok menjelang jangkaan hujan lebat untuk mengelakkan mereka daripada terperangkap dengan keadaan bekalan yang tidak mencukupi.

“Jabatan Meteorologi Thai telah mengeluarkan ramalan cuaca hujan berterusan untuk 48 wilayah dan keadaan paling teruk di wilayah selatan yang mana 60 peratus kawasan mengalami hujan lebat.

“Terdapat juga laporan mengenai hujan lebat di beberapa wilayah pengeluar getah, sekali gus menjejaskan produktiviti. Keadaan hujan berterusan akan menjejaskan pendapatan penanam,” katanya kepada Bernama.

“Kemeruapan dalam harga minyak dan dolar AS juga boleh mempengaruhi harga dan permintaan untuk getah,” tambahnya.

Sementara itu, pada asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 1.5 sen atau 0.22 peratus kepada 693.5 sen sekilogram (kg) daripada 692.00 sen sekg manakala lateks pukal menokok 15.5 sen kepada 558.0 sen sekg.

Pada 5.00 petang semalam, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 ialah 689.5 sen sekg dan lateks pukal pada 556.0 sen sekg. – Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM dijangka cenderung menurun minggu depan
Next: Kadar faedah FED AS, krisis Timur Tengah tentukan aliran kontrak niaga hadapan emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.