
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia hari ini ditutup sedikit tinggi susulan kenaikan harga minyak mentah.
Seorang peniaga berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun diniagakan dalam jajaran kecil pada Khamis apabila pelabur menimbang perang harga yang berpanjangan dalam pasaran kenderaan China berbanding cuaca lembap di kawasan pengeluaran utama.
Sementara itu, agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan takungan air di negeri pengeluar utama getah berkenaan yang boleh menyebabkan banjir kilat selain menasihatkan para petani berwaspada terhadap kerosakan tanaman.
Pada 3.00 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) dan lateks pukal menokok sebanyak satu sen kepada 717.5 sen sekilogram dan 626.5 sen sekilogram.– Bernama