Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup bercampur susulan dialog AS-China
  • BISNES

Pasaran getah ditutup bercampur susulan dialog AS-China

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga kekal berwaspada di tengah-tengah harapan yang semakin meningkat susulan dialog perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu ini, kata seorang peniaga. 

Harga getah SMR 20 meningkat seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah perbincangan perdagangan tersebut.

“Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh penurunan harga minyak serta data ekonomi AS yang lemah disebabkan ketidakpastian yang berterusan dalam tarif AS,” katanya kepada Bernama. 

Menurut beliau, kebanyakan inventori Asia bertambah hari ini di tengah-tengah harapan yang semakin memuncak bahawa pemimpin AS dan China akan berdialog dalam minggu semasa dan ini akan menghidupkan semula perbincangan perdagangan yang terhenti antara kedua-dua negara.

Harga minyak menurun hari ini berikutan peningkatan kebimbangan pengeluaran daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) selain ketegangan tarif yang dijangka akan menjejaskan prospek ekonomi global, walaupun kebimbangan mengenai bekalan Kanada membantu mengimbangi penurunan itu.

“Sentimen cemas terhadap kawalan China ke atas mineral-mineral kritikal mula melonjak semalam selepas pembuat kereta global mengadu bahawa sekatan oleh China yang membabitkan eksport aloi nadir bumi, gabungan dan magnet boleh menyebabkan kelewatan serta gangguan pengeluaran,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa pentadbiran Washington telah menetapkan tarikh akhir pada Rabu untuk negara-negara terlibat mengemukakan tawaran terbaik mereka mengenai perdagangan, bertepatan dengan pelaksanaan tarif 50 peratus ke atas keluli dan aluminium yang diimport.

“Pada 3.00 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 12.5 sen kepada 699.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 609.5 sen sekilogram.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Affin Group mula disenaraikan di Pasaran Bon AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.