Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka kekal mendatar
  • BISNES

Pasaran getah dijangka kekal mendatar

Utusan Sarawak 16 hours ago

KUALA LUMPUR:  Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatar dengan kecenderungan tidak banyak berubah, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasa penangguhan selama 90 hari, kata pakar industri, Denis Low.

“Situasi ekonomi dunia dijangka terus mencabar kerana kesan besar daripada tarif terdahulu masih belum reda sepenuhnya.

“Sehubungan itu, kita akan menyaksikan kesuraman dalam banyak sektor industri di seluruh dunia, dan sudah tentu industri getah serta produk berasaskan getah akan turut terkesan,” katanya kepada Bernama.

Low berharap AS dan China dapat merangka dasar tarif yang lebih tersusun dan terkawal khususnya bagi negara pengeluar komoditi.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pengeluaran getah asli susut 31.7 peratus kepada 35,901 tan pada April 2025 berbanding 52,531 tan pada Mac 2025, mencerminkan permintaan luar yang lebih lemah terhadap getah Malaysia.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata harga getah dijangka terus dipengaruhi oleh prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS, serta harga penanda aras minyak mentah dunia.

Para peserta pasaran akan memberi perhatian rapat kepada penerbitan data ekonomi global utama, perkembangan rundingan perdagangan AS, serta kemajuan rundingan perdagangan antara AS dan China, di samping memantau perkembangan geopolitik terkini di Timur Tengah.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur.

Pada asas minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 11.25 sen kepada 703 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 20.13 sen kepada 587 sen sekilogram.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka berasa pada 1,500-1,530 minggu depan
Next: Niaga hadapan FBM KLCI dijangka seiring dengan pasaran tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.