Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan
  • BISNES

Pasaran getah dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR:  Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang berlarutan, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Jurucakap persatuan itu berkata sentimen pasaran dijangka kekal bercampur-campur pada minggu depan, kerana faktor seperti ketidaktentuan makroekonomi global, data China yang lemah dan petunjuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu terus membayangi prospek permintaan.

Beliau berkata walaupun niaga hadapan getah serantau yang lebih kukuh dan lantunan semula harga minyak mentah mungkin memberi sokongan jangka pendek, kebimbangan dijangka berterusan.

“Kami juga terus mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian berhubung tarif AS, konflik Iran-Israel, dan keyakinan pengguna AS yang lemah.

“Harga getah dijangka terus sangat sensitif terhadap pergerakan niaga hadapan serantau, penanda aras minyak mentah dan kekuatan ringgit berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pakar industri Denis Low turut berpandangan yang sama dengan menyatakan pasaran getah berkemungkinan kekal dalam jajaran kecil antara 30 Jun dan 4 Julai, dengan kecenderungan menurun sedikit disebabkan ketidaktentuan global.

“Banyak industri di seluruh dunia mengambil pendekatan berhati-hati apabila rundingan tarif 90 hari Presiden AS Donald Trump semakin menghampiri tarikh akhir pada 9 Julai.

“Ketidakpastian ini mendorong peniaga mengehadkan pendedahan kepada komoditi yang sensitif terhadap harga seperti getah,” katanya.

Low berkata prospek ekonomi global terus kekal lembap, menyebab ramai yang mengambil pendekatan berhati-hati dalam aktiviti dagangan.

Menurutnya, turun naik mata wang dan isu geopolitik yang berterusan terus memberi tekanan ke atas pasaran komoditi.

Bagi asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun sebanyak 1.5 sen kepada 702 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot sebanyak 3.5 sen kepada 585.5 sen sekilogram.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka mengukuh minggu depan menjelang pengumuman data kerja AS
Next: Niaga hadapan emas dijangka dalam jajaran kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.