Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka diniagakan stabil minggu depan
  • BISNES

Pasaran getah dijangka diniagakan stabil minggu depan

Utusan Sarawak 21 hours ago

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan stabil minggu depan dengan kecenderungan meningkat susulan tempoh penangguhan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) yang melegakan ekonomi global.

Pakar industri Denis Low berkata hasilnya, harga dan permintaan dijangka kekal seimbang dengan sedikit kecenderungan meningkat.

Beliau berpendapat ketidaktentuan yang sedang berlaku akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump sememangnya menghakis keyakinan ekonomi.

“Apabila keyakinan kurang, keinginan untuk berkembang dalam semua aspek perdagangan akan terjejas. Dengan sikap negatif seperti itu, ia boleh memberi kesan kepada kebanyakan komoditi termasuk getah, dalam dua cara.

“Kekurangan keyakinan akan mengurangkan kesediaan untuk meningkatkan pengeluaran secukupnya. Jika dibiarkan, ini boleh berkembang kepada kekurangan bekalan yang kini sudah mula berlaku dalam sektor getah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah dijangka mengharungi tekanan bercampur-campur pada minggu depan dengan potensi gangguan bekalan diimbangi oleh permintaan berterusan daripada sektor utama serta dasar sokongan dari China.

Persatuan itu berkata harga dijangka terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS serta penanda aras harga minyak mentah.

“Musim hujan yang berterusan akan terus menjejaskan bekalan getah asli di negara-negara pengeluar utama manakala perkembangan berkaitan rundingan perdagangan AS masih menyebabkan beberapa ketidaktentuan,” katanya.

Bagi minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menurun sebanyak 18.50 sen kepada 740.50 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat sebanyak 18 sen kepada 627.0 sen sekilogram.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka catat lantunan sederhana minggu depan
Next: Ringgit dijangka teruskan momentum mengukuh minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.