Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka diniaga tinggi
  • BISNES

Pasaran getah dijangka diniaga tinggi

Utusan Sarawak 8 months ago
TAUFAN Yagi menghalang aktiviti menoreh getah dan ini mengurangkan hasil lateks.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan tinggi minggu depan disebabkan kekurangan bekalan yang dipengaruhi cuaca tidak menentu di wilayah pengeluar getah, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata taufan Yagi menghalang aktiviti menoreh getah dan ini mengurangkan hasil lateks.

“Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan hujan lebat sehingga minggu depan akibat angin monsun dan kesan lekukan tropika yang semakin kuat.

“Mungkin berlaku kekurangan bekalan dalam beberapa minggu akan datang. Dalam keadaan sedemikian, terdapat sedikit minat untuk aktiviti menyimpan atau menambah stok, yang boleh menyebabkan harga getah turun dan naik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, ekonomi China yang lemah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) boleh mempengaruhi pasaran minggu depan.

“Harga getah asli minggu ini meneruskan aliran menaik, terjejas ekoran keadaan cuaca yang tidak menggalakkan di negara pengeluar utama yang mengehadkan bekalan,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat sebanyak 30.50 sen kepada 843 sen sekilogram daripada 812.50 sen sekilogram seminggu sebelumnya.

Sementara itu, lateks pukal meningkat sebanyak 14.50 sen kepada 690 sen sekilogram daripada 675.50 sen sekilogram sebelumnya.

Pada 5.00 petang, SMR 20 fizikal berada pada 835 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 688 sen sekilogram. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka kekal disokong minggu depan
Next: China telah melabur RM19.9 bilion, wujud 10,000 peluang kerja di Sarawak – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.