Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah akan diniagakan pada paras semasa
  • BISNES

Pasaran getah akan diniagakan pada paras semasa

Utusan Sarawak 4 years ago
DIUNJUR KEKAL PADA PARAS SEMASA… Harga getah mungkin menghadapi beberapa pembetulan teknikal kerana ketidaktentuan di pasaran hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan ketidaktentuan mata wang.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia diunjur kekal pada paras semasa dalam waktu terdekat ini kerana kekurangan bahan mentah di negara pengeluar getah utama.

Bagaimanapun, Lembaga Getah Malaysia berkata, harga getah mungkin menghadapi beberapa pembetulan teknikal kerana ketidaktentuan di pasaran hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan ketidaktentuan mata wang.

“Pengendali pasaran akan memantau data ekonomi China yang akan datang termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang akan dikeluarkan minggu depan (ini) serta perkembangan terbaharu kes Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Denis Low berkata, pasaran getah akan meneruskan momentumnya dalam persekitaran peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini.

“Ekonomi dunia tidak mampu bertahan dengan sebarang sekatan perjalanan kerana ia akan memufliskan banyak syarikat dan individu.

“Oleh itu, tidak dapat dielakkan sektor ekonomi mesti dibenarkan berjalan dengan logistik yang dilaksanakan untuk bergerak seiring,” katanya kepada Bernama.

Untuk minggu baru berakhir, pasaran getah tempatan kebanyakannya dipengaruhi oleh pasaran hadapan getah serantau dan keuntungan di pasaran ekuiti global.

Berdasarkan mingguan, harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk gred SMR 20 meningkat sembilan sen kepada 674 sen sekilogram sementara lateks pukal menyusut 12 sen kepada 606.5 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang urus niaga Jumaat, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 667.5 sen sekilogram sementara lateks pukal pada 606.5 sen sekilogram.- Bernama

Continue Reading

Previous: 3,500 usahawan disasar peroleh manfaat peruntukan RM3.11 juta
Next: Dana KWAN untuk perolehi vaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.